CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 15 July 2011

Thursday 14 July 2011

SAJAK

Guru
Berdirinya aku di sini
Di tengah-tengah kota yang pesat
Bersama rakan seperjuangan mu
Menjunjung amanah
Sandaran harapan insan berjuta
Mengasuh mendidik
Tunas bangsa
Harapan nusa

Namun
Usiaku  di ambang senja
Masa enjoyku sudah tiada
Kekosongan menjengah tiba
Mengisi hari muka

Esok masih ada
Tugasku tidak berakhir begitu sahaja,
Cabaran dan dugaan  datang tiba
Harapan yang tinggi di sandar
Tanpa memikirkan kesan mendatang


Tugasku ibarat air sungai yang mengalir
aku ibarat  anggota polis
aku ibarat penjalan hukuman
Tetapi
Hukuman yang diberi
Disalah erti

Akhirnya
Kebingungan menguasai diri
Tugas dijalan seperti yang dikehendaki
Amanah dipikul seikhlas hati
Usaha tangga kejayaan

Namun
Untuk ke peringkat yang lebih tinggi
Bukanlah semudah  ABC
Bukanlah sesusah formula fizik
Peluang yang diberikan
Tidak jua seluas laut di bumi

Guru
Hadirmu bagai pelita
Cahayamu  bagai menyuluh alam semesta
Ucapanmu bagai doaEngkau ibarat akar segala ilmu

Namun
Malas, lembap, bodoh
Menghiasi bibir
Kepada anak bangsa aku curahkan
Tugasku sebagai pendidik
Terhenti di situ
Semangatku mulai luntur
Kerjaku semakin bertimbun
Stress semakin menguasai diriku
Mindaku mulai kosong

Anak-anakku
Maafkanlah gurumu ini
Andai setiap ucapanku menghiris kalbu
Harapanku cuma satu
Melihat engkau
Anak-anakku
Menjadi insan pemangkin
Negara

Tips untuk melahirkan anak soleh

Bagaimana melahirkan anak soleh?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga
untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)


Apa makna anak soleh?

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.



Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?


Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)



10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh

  • Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  • Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
  • Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  1. Selalu membaca al-Quran di rumah
  2. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  3. Hidupkan budaya memberi salam
  4. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.

Saturday 9 July 2011

Cikgu Asmahan ( 210140 ): Halwa Telinga

Cikgu Asmahan ( 210140 ): Halwa Telinga: "Setelah penat tengok blog I, dengarkanlah lagu ini. Cuma tekan Play di bawah sahaja. Tahukan........"

Wednesday 8 June 2011

Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Membantu Pengurus Melaksanakan Fungsi Kepimpinan

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/03/kepentingan-teknologi-maklumat-ict.html



Knowledge maybe power but communication is the key

Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko

Mengikut sumber dan literatur berkaitan, pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu
merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun, bukti nyata
yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di kalangan pelajar berisiko masih lagi
kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia
dan tradisional ke atas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan para pelajar
berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang berlangsung selama
10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar.  Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik
digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan teknik  ujian-t berpasangan dan ANCOVA.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko
dalam kedua-dua kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik
pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara signifikan dengan
pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas
Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematik pelajar
berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walau bagaimanapun, kajian mendapati sikap
Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara
signifikan dengan sikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional.



WELCOME TO MY BLOG

Talking is SHARING but listening is CARING. .I'm here just want to share my opinion with other people. .thank you very much for visiting my blog. .